LATAR BELAKANG
* Pusat Bimbingan Genius diasaskan oleh Dato' Ahmad Idham bin Hj. Ahmad Daud dan telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan beroperasi sepenuhnya pada 5 Mac 2000. Pada awalnya, pusat tusyen ini dibuka di Bandar Baru Uda Utama, Johor Bahru, Johor selama 3 tahun. Setelah mendapat sambutan, Pusat Bimbingan Genius telah menambahkan cawangan di 2 kawasan iaitu di Taman Universiti dan Johor Jaya..
PENGENALAN
* Nama GENIUS TUITION dipilih setelah melakukan perbincangan dengan semua ahli lembaga syarikat dan telah memutuskan dengan mengunakan nama ini atas dasar syarikat ini memberi khidmat bimbingan kepada pelajar sekolah. Nama ini merupakan satu simbol yang besar kerana dari seorang pelajar kami akan bentuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya dan akan menjadi pelajar genius. Perkataan GENIUS juga menunjukan bahawa kemahiran mengajar dalam pusat ini adalah terbaik dan dapat membentuk semua pelajar mendapat hasil yang baik. Disebalik nama "GENIUS" membawa maksud tersendiri iaitu:
v G- Generate
v E - Excellent
v N - Nice
v I - Intelligence
v U - Unique
v S – Students
VISI
* * Ingin menjadi pusat tuisyen yang bertaraf pendidikan yang terbaik di Malaysia dengan keunikan dan keistimewaan serta kredibiliti yang ada pada "Genius Tuition". Kami yakin dapat mencapai visi kami setelah 8 tahun kami menjalankan perniagaan ini.
* Sasaran masa akan datang adalah ingin menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi swasta bagi koleksi peribadi. Jika visi pertama telah dicapai, kami akan bergerak untuk membentuk sebuah pengajian tinggi swasta sebagai perniagaan baru bagi mencapai matlamat semua pelapis masyarakat.
MISI
* Melahirkan pelajar yang bermutu dan berkualiti setelah tamat pengajian di sekolah menengah ke tahap yang lebih tinggi.

