Wednesday, March 30, 2011
KEJAYAAN MILIK ANDA!!
ANDA BOLEH BERJAYA...!! DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN..!!!
Wednesday, March 9, 2011
KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN
Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besat sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
- Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri masing-masing, misalnya kemiskinan.
- Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
- Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Subscribe to:
Comments (Atom)



